minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PUSINGAN TERAKHIR KITA MULAKAN

Isyarat untuk pusingan terakhir telah dimulakan, pusingan terakhir ini adalah penentu bagi kejayaan kita setelah sekian lama kita berjuang untuk reformasi Malaysia ini. Sama ada perjuangan di pentas terbuka atau di dalam dunia cyber, sama ada secara terang atau rahsia, yang penting kita telah lama berjuang untuk melihat perubahan di negara tercinta ini. Sebarang bentuk reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil ini hanya mampu dilakukan setelah kita nyahkan si diktator tua itu. Selagi ada Mahathir dan juak-juak pengampu Mahathir jangan kita impikan sebarang bentuk reformasi yang telus di negara ini. Hanya setelah nyahnya Mahathir dari kerusi PMnya sahaja barulah terbuka ruang untuk reformasi. Jadi pusingan akhir ini kita tumpukan kepada usaha-usaha untuk menamatkan usia pemerintahan Mahathir si diktator dahulu. Pengisian ke arah reformasi akan kita lakukan setelah Mahathir pergi dari kedudukannya sebagai PM Malaysia.

Tugas pertama di pusingan akhir

Yang perlu kita lipat gandakan adalah penyebaran maklumat supaya semua rakyat sedar dan bergabung membentuk barisan rakyat bagi menjatuhkan Mahathir. Penyebaran maklumat melalui semua cara yang kita ada, kita maksimumkan pengunaannya, seperti di dunia cyber ini, kita isikan dengan maklumat maklumat baru setiap minit, webmaster-webmaster kita disemua laman sama ada mahazalim,  minda rakyat, tranungkite, mahafiraun, web.reformis (sekadar menyebut beberapa
laman) yang dari dulu tidak jemu-jemu menjadi saluran bagi maklumat alternatif, nampaknya di pusingan terakhir ini terpaksalah berkerja lebih masa demi reformasi yang kita impikan. Penulis penulis seperti marhaintua, Amin sapiro, kak id, tok ayah, dan ramai lagi nampaknya di pusingan terakhir ini kenalah menulis maklumat sebanyak mungkin untuk kita sebarkan. Tanpa pengorbanan dari webmaster dan penulis laman-laman reformasi sendiri pukulan kita di pusingan terakhir ini pastinya kurang berbisa. Kita berkerja di dalam satu barisan yang kukuh tersusun supaya mudah untuk kita sedarkan rakyat bagi menumbangkan diktator tua itu.

Sementara di barisan depan pemimpin pemimpin kita, akan terus merancang dan mengatur program ceramah dan perhimpunan aman untuk menambahkan tekanan kepada diktator itu. Semua lapisan masyarakat dari berbagai bangsa dan keturunan perlu kita temui untuk menerangkan mesej reformasi ini. Kita bentuk kumpulan sasaran dan kita terangkan kepada mereka sejelas jelasnya tentang kenapa si tua itu perlu sangat dijatuhkan sebelum November tahun depan. Semua ini sudah pasti memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi demi sebuah perjuangan untuk melihat negara tercinta kembali disegani di mata dunia dan keadilan kembali di tempatnya maka pengorbanan yang besar adalah wajar, demi 23 juta penduduk Malaysia yang sengsara angkara perbuatan diktator tua itu apa salahnya kita
berkorban.

Kumpulan sasaran penggerak pusingan akhir

Barang pasti kita harapkan para pemuda kita terutamanya mahasiswa dan mahasiswi menjadi tulang belakang kepada pusingan akhir ini. Selain dari faktor usia yang muda dan bertenaga, merekalah golongan yang mudah faham apabila kita terangkan mengapa dan kenapa kita perlu jatuhkan Mahathir sebelum kita laksanakan reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil. Rata rata mereka yang berpendidikan mudah untuk menerima idea ini, kerana logiknya jelas. Untuk tujuan dan usaha
murni ini maka kita harapkan persatuan persatuan mahasiswa disemua universiti, kolej, politeknik dapat membantu kita. Kita optimis andainya 90 peratus Majlis perwakilan Pelajar disemua universiti bersama kita menggerakkan pusingan akhir ini maka hanya seminggu Mahathir akan terguling, ingatlah sejarah kejatuhan Suharto bukankah mahasiswa menjadi pencetusnya.

Jadi usaha untuk melobi sokongan dari pimpinan mahasiswa ini perlu kita lakukan dari sekarang. Para pimpinan yang sedar tentang perkara ini dan berhasrat untuk bersama dengan kami menggerakkan pusingan akhir marilah kita berbincang secara serius dan panjang lebar mengkaji cara dan formula yang boleh kita gunakan untuk menyedarkan mahasiswa lain bagi menggerakkan pusingan akhir ini. saya tujukan khas mesej ini pada MPPUM dan MPPUKM yang kita maklumi dikuasai oleh golongan
pro pembaharuan. Ayuh mari kita buktikan bahawa kita mahasiswa yang cintakan negara ini dan berjuang bersama rakyat untuk menuntut reformasi. Lupakan sekejap AUKU, mari kita fikirkan bagaimana untuk kita mulakan jati diri baru mahasiswa Malaysia. Mari kita rencanakan dan mengambil bahagian segera aktif ke arah Malaysia yang lebih adil.

Gelanggang dan wadah kita

Seperti dimana mana kebangkitan rakyat dimulakan setelah rakyat tidak tahan lagi dizalimi. Mereka disedarkan oleh maklumat maklumat yang mereka terima dan akhirnya mereka keluar beramai ramai dijalan jalan raya melaungkan reformasi dan pembaharuan. Jadi gelanggang awal kita adalah laman laman web pro reformasi seperti ini, ceramah ceramah penerangan, himpunan himpunan aman masyarakat setempat. Setelah rakyat sedar dan bersedia maka kita akan berada di bangunan
Parlimen, mahligai airmata rakyat, di Dataran merdeka, di istana negara kita beramai ramai melaungkan 'undur Mahathir undur' dan pastinya waktu itu anjing anjing pemerintah hanya mampu menyaksikan kebangkitan yang tidak mampu lagi mereka halang. Tarikh untuk itu semakin hampir andai kita mulai dari sekarang.

Sekadar ingatan

Perjuangan bermakna pengorbanan, semua itu hanya tinggal impian andai kita tidak berani untuk memulakannya dan ketabahan untuk menyelesaikannya. Tiada yang lebih indah melainkan kita berjuang sendiri membebaskan negara kita dari diktator tua itu. Mereka diluar hanya boleh mengatakan tetapi kitalah yang menanggungnya, maka marilah kita ubah nasib kita sendiri kerana orang lain tidak akan mampu mengubah kita. Marilah bersama mulai saat ini kita berjuang sehingga Mahathir si Firaun kita tumbangkan. Kita adalah penentu nasib kita.

REFORMASI REFORMASI REFORMASI
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH ADIL

 -irzaimi-
 ayat@freeanwar.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter